Search This Blog

Tuesday, February 14, 2012

PROGRAM SME-UNIVERSITY INTERNSHIP 2012


Maklumat terkini melalui emel. Peluang keemasan untuk mereka yang berminat, terutamanya bekas pelajar BJIB3143 E-Dagang dan memenuhi syarat:

CEDI_logo.png

14 FEBRUARI 2012 / 21 RABIULAWAL 1433H      
=====================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)


PROGRAM SME-UNIVERSITY INTERNSHIP 2012

Assalammu’alaikum dan Salam Sejahtera.

Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) akan menganjurkan satu program untuk pelajar iaitu SME-University Internship 2012. Program kerjasama dengan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia) pada mulanya dianjurkan khas untuk pelajar yang akan menjalankan latihan praktikal mereka pada semester akhir. Namun kini, program ini telah diubah suai dan dijadikan program untuk pelajar semester 1 hingga 5 dan dijalankan sepanjang sesi kuliah mereka.

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari selok-belok dunia perniagaan dari syarikat-syarikat terpilih. Pelajar akan terlibat sebagai “Junior Consultant” dan mereka dikehendaki melakukan analisis terhadap syarikat yang terbabit. Mereka juga perlu mengenal pasti faktor-faktor yang boleh meningkatkan prestasi syarikat, sama ada dari segi kewangan, pemasaran, pengeluaran produk ataupun sumber manusia. Program tersebut akan berlangsung selama 4 bulan, bermula pada awal bulan Mac sehingga bulan Jun. Pelajar yang menjadi “Junior Consultant”  akan menerima bayaran insentif sebanyak RM500 sebulan.

Pelajar akan dibahagikan kepada 4 kumpulan, di mana 1 kumpulan mewakili 1 syarikat. Pelajar akan dibahagikan mengikut kesesuaian bidang pengajian pelajar dan juga pengetahuan dalam bidang keusahawanan. CEDI mencari 20 orang pelajar yang berkelayakan untuk menyertai program tersebut.

Ciri-ciri pelajar yang dicari adalah seperti berikut :
1.    Pelajar Tempatan semester 1 – 5
2.    CGPA semasa 3.00 ke atas (diberi keutamaan) adalah digalakkan memohon
3.    Mempunyai pengetahuan asas dalam pengurusan perniagaan merupakan satu kelebihan
4.    Mempunyai minat mendalam dalam bidang keusahawanan
5.    Mempunyai daya inisiatif dan mampu memberi komitmen yang tinggi
6.    Bersemangat tinggi untuk berjaya
7.    Gigih berusaha
8.    Mempunyai idea-idea yang bernas untuk memajukan sesebuah syarikat

Jika anda berminat dan mempunyai ciri-ciri tersebut, bolehlah menghantar resume anda ke alamat e-mel di bawah dan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pegawai CEDI seperti di bawah:

1.    Cik Rozita Ramli : 0132317068 / 049285693/ rrozita@uum.edu.my
2.    En Shuhaimi Ahmad : 0175470477 / 049285615/ shuhaimi@uum.edu.my

Tarikh Tutup: 20 Februari 2012 (Isnin)

Untuk makluman, penghantaran resume selepas tarikh tutup tersebut tidak akan dilayan, harap maklum.

Sekian, terima kasih.


===========================================================
DARIPADA:
INSTITUT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KOPERASI (CEDI)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL: 04-9285621/5622
FAX: 04-9285778

No comments: